HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Hospital swasta didenda RM200,000 jual topeng RM11.20 sekeping

-

Jika kompaun itu gagal dibayar dalam masa ditetapkan, hospital swasta itu akan dituduh di mahkamah.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
KPDNHEP pada 13 Mei lalu melakukan pemeriksaan ke atas sebuah hospital swasta dan menyoal siasat pengurusannya selepas pesakit dikenakan RM201.60 bagi 18 keping topeng 3 lapisan yang digunakan jururawat ketika merawat pesakit itu.

PUTRAJAYA:
Sebuah hospital swasta dikompaun RM200,000 kerana menjual topeng 3 lapisan melebihi harga maksimum yang ditetapkan, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

KPDNHEP dalam kenyataan hari ini berkata, kompaun itu diberikan kepada hospital berkenaan hari ini, ekoran kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Sekiranya kompaun gagal dibayar dalam masa ditetapkan, pihak hospital akan dituduh di mahkamah, menurut kenyataan itu.

KPDNHEP pada 13 Mei lalu melakukan pemeriksaan ke atas hospital berkenaan dan menyoal siasat pengurusannya selepas pesakit yang dirawat mereka dikenakan RM201.60 bagi 18 keping topeng 3 lapisan yang digunakan jururawat ketika merawat pesakit itu.

Jumlah itu bersamaan RM11.20 sekeping, sedangkan harga maksimum yang ditetapkan kerajaan ialah RM1.50 sekeping.

Turut dirampas ialah sejumlah dokumen termasuk topeng 3 lapisan sama jenis daripada hospital berkenaan untuk tujuan siasatan.

“KPDNHEP serius dalam memastikan bekalan topeng mudah diperolehi pada harga tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.