HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Wanita dari Kanada 8 kali disahkan positif Covid-19

-

Tracy Schofield mengalami gejala Covid-19 termasuk demam dengan suhu 41 darjah Celcius, menggigil dan sesak nafas pada 30 Mac.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Selepas lebih 50 hari Tracy Schofield masih mengalami sesak nafas. (Gambar Twitter)

Mengejutkan apabila seorang wanita di Kanada yang dijangkiti Covid-19 pada Mac lalu menunjukkan positif wabak itu sebanyak 8 kali.

Tracy Schofield dari Cambridge, Ontario, disahkan belum bebas daripada virus itu selepas menjalani sembilan saringan.

Wanita itu berkata, dia mengalami gejala Covid-19 termasuk demam dengan suhu 41 darjah Celcius, menggigil dan sesak nafas pada 30 Mac.

Dia disahkan positif virus berkenaan untuk pertama kalinya pada esoknya.

Menurut CTV News, lebih malang apabila ketujuh-tujuh ujian saringan seterusnya mengesahkan dia masih positif virus berkenaan.

Pada ujian kelapan, dia disahkan negatif Covid-19, tetapi kegembiraannya tidak bertahan lama apabila kembali disahkan positif virus itu pada ujian kesembilan.

Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pesakit perlu disahkan negatif menerusi 2 ujian diadakan berturut-turut sebelum boleh diisytiharkan bebas virus berkenaan.

Ketika ini, Schofield masih menunggu untuk menjalani ujian saringan untuk kali ke-10.

Wanita itu yang tinggal bersama anaknya yang berusia 17 tahun berkata, dia tidak mempunyai masalah kesihatan tetapi bimbang virus itu menyebabkannya berisiko terdedah kepada penyakit lain.

Dalam pada itu, Profesor Immunologi di Universiti Waterloo di Ontario, Brian Dixon, berkata, terdapat kebarangkalian ujian saringan memberi keputusan salah.

“Ia memandangkan individu hanya memberi sampel yang kecil daripada badan mereka,” katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.