![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2020%2F05%2FThivyaanayagi-Rajendra-Suicide-230520-1-FB1.jpg&w=3840&q=75)
Ketua Polis Pulau Pinang Sahabudin Abd Manan berkata pihaknya telah merakam keterangan keluarga Thivyaanayagi Rajendran minggu lalu.
“Ia nampaknya ada unsur buli, berdasarkan aduan yang dibuat abang si mati yang menonjolkan komen yang dibacanya di halaman FB,” katanya.
Polis juga sedang menunggu maklum balas dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, untuk memberikan perincian pemilik akaun Facebook “Joker Oruvan”.
“Kami akan meminta mereka mempercepat perkara itu supaya kami boleh mendapat identifikasi positif,” katanya kepada FMT.
Thivyaanayagi, 20, yang bekerja di sebuah kedai serbaneka, ditemukan bergantung di bilik tidurnya di Bukit Tengah, Prai pada 19 Mei. Dia dilaporkan menulis nota bahawa seorang pengguna Facebook memalukannya berhubung video TikTok yang dirakamnya dengan rakan sekerja.
Rakan sekerjanya, seorang warga Bangladesh, menyiarkan video mereka yang cuba melakonkan satu adegan dalam sebuah lagu berbahasa Hindi.
Video yang dimuat naik rakan sekerja wanita itu kemudiannya dimuat naik semula oleh seorang pengguna Facebook bernama “Joker Oruvan” dengan satu catatan bahasa Tamil yang ditukar kepada bahasa rumi: “Bagaimana gadis ini jatuh cinta dengan seorang Bangla…semua orang tentu merestui anda.”
Ia menarik lebih 300 komen, kebanyakan mencemuh mangsa kerana “berdating” dengan warga asing.
Catatan itu dipadamkan kemudian.
Menurut bapa saudaranya, Thivyaanayagi sebenarnya telah bertunang dengan teman lelakinya selama 3 tahun dan merancang untuk berkahwin pada Disember.
Persatuan Pengguna Siber Malaysia berkata “Joker Oruvan” boleh didakwa mengikut Seksyen 306 Kanun Keseksaan kerana didakwa bersubahat dengan tindakan bunuh diri Thivyaanayagi dan pentadbir Facebook itu boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang didakwa menjadi penyebab wanita itu membunuh diri.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram