HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

‘Patung Seperti Saya’ dibuat khas untuk kanak-kanak kelainan upaya seluruh dunia

-

Kesemua patung dibuat berdasarkan keadaan kanak-kanak berlatar belakangkan etnik, anggota badan, tanda pada tubuh serta aspek kesihatan yang berbeza.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Kesemua patung dibuat berdasarkan keadaan kanak-kanak berlatar belakangkan etnik, anggota badan, tanda pada tubuh serta aspek kesihatan yang berbeza. (Gambar Instagram)

Kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan kelainan upaya semestinya istimewa bagi sesiapa sahaja yang memilikinya.

Selain dihargai, seorang pekerja sosial di Wad Onkologi Pediatrik turut menghargai golongan ini apabila mencipta patung khas untuk mereka.

Amy Jandrisevits, mencipta patung bernama “Patung Seperti Saya” kepada kanak-kanak berkenaan di seluruh dunia dan ianya merupakan sesuatu yang sangat berharga kerana menyedari patung yang berada di pasaran kelihatan normal sihat, cantik dan sempurna, lapor Bored Panda.

“Ia sememangnya berbeza dengan keadaan pesakit kanak-kanak di unit kanser.

“Pada ketika itulah, saya dapat idea menarik untuk menghasilkan patung-patung Ragedy Ann dengan sentuhan yang sedikit berbeza,” katanya.

Menurutnya, sudah 4 tahun usaha murni itu dilaksanakan dan kini terdapat senarai nama menunggu bagi mendapatkan patung istimewanya.

“Setiap patung yang dihasilkan adalah sungguh unik. Ia mewakili keistimewaan pada anak itu.

“Saya berjaya menghasilkan kira-kira 300 buah anak patung berkenaan.

“Setiap patung menelan kos sebanyak AS$100 (RM413) untuk dihasilkan.

“Bagaimanapun, melihat kepada keterujaan yang terbit di muka kanak-kanak ketika menerima patung itu amatlah bernilai dan tidak dapat dibeli dengan wang,” katanya.

Jika sesebuah keluarga tidak mampu untuk membayar harga patung berkenaan, Amy akan mengurangkan harganya.

Bagi membantu keluarga kurang mampu, beliau telah pun memulakan kempen GoFundMe bagi membantu kos barangan dan penghantaran patung tersebut.

“Orang ramai sangat membantu kerana setakat ini telah berjaya mengumpul sebanyak AS$23,000 (RM95,000) dan menyasarkan kepada AS$25,000 (RM103,000).

“Matlamat utama saya adalah untuk membolehkan pembuatan patung itu tidak dibayar oleh keluarga pesakit, ia secara percuma,” ujarnya.

Difahamkan, kesemua patung dibuat berdasarkan keadaan kanak-kanak tersebut.

Ia memang dibuat berlatar belakangkan etnik, anggota badan, tanda pada tubuh serta aspek kesihatan yang berbeza.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.