
Pengarah urusan sebuah kumpulan juruperunding Ahamed Kameel Mydin Meera memberitahu FMT bahawa kemahiran e-bisnes, perniagaan dari rumah, selain pertanian dan hiburan lebih mendapat tempat.
Mengambil maklum bahawa individu dengan kemahiran memasak sudah meraih pendapatan melalui kelas memasak di Youtube, beliau berkata, “anda tidak perlukan sijil kelayakan untuk berbuat demikian. Penonton akan menilai. Itu kelayakan anda.”
Beliau berkata, banyak syarikat perniagaan sama ada akan mengecilkan operasi atau menutupnya terus.

“Ini akan menyaksikan ramai orang hilang pekerjaan sementara pekerjaan tradisional akan terhapus.”
Beliau berkata, guru sekali pun tertakluk kepada penilaian pelajar mereka.
“Jika anda bukan guru yang baik, anda tidak dikehendaki. Tetapi sebelum wabak, anda mendapat gaji yang sama sama ada anda guru yang baik atau sebaliknya.”
Kameel berkata, bakat seperti menulis, menyanyi, berlakon, seni dan kraf tangan, fesyen, memasak dan sukan harus diberi tumpuan.
Pakar ekonomi lain, Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway berkata, banyak indutri akan mengubah cara operasi mereka.
Industri perubatan misalnya, akan melalui proses transformasi kepada teleperubatan, katanya.
Beliau menggesa NGO dan kesatuan sekerja supaya menasihati kerajaan mengenai pendidikan dan latihan yang diperlukan pada masa depan.
Beliau berkata, mereka juga boleh berperanan sebagai pencari bakat untuk pelbagai industri.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram