HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Siapa sangka buku edisi pertama Harry Potter dijual pada harga RM176,000

-

Harry Potter edisi kulit keras pertama yang ditemui di dalam tong sampah dijual pada harga RM176,975.86 melalui lelongan dalam talian.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Harry Potter edisi kulit keras pertama yang ditemui di dalam tong sampah dijual pada harga RM176,975.86 melalui lelongan dalam talian. (Gambar Twitter)

Buku terkenal hasil tulisan J K Rowling, Harry Potter edisi kulit keras pertama yang ditemui di dalam tong sampah telah dijual pada harga RM176,975.86 melalui lelongan dalam talian di Bishton Hall, Staffordshire baru-baru ini.

Difahamkan salinan buku “Harry Potter and the Philosopher’s Stone” itu ditemui oleh seorang guru pada 12 tahun yang lalu bersama dengan dua edisi pertama kulit lembut.

Hanya terdapat 500 edisi pertama buku kulit keras “Harry Potter and the Philosopher’s Stone” yang dicetak pada tahun 1997, yang kebanyakannya dihantar ke sekolah dan perpustakaan.

Sebelum lelongan itu, buku tersebut dianggarkan hanya bernilai sekitar RM42,888 – RM64,347 kerana terdapat beberapa kerosakan pada penjilidannya.

“Ia dibeli oleh seorang pembeli di London selepas pertempuran lelong yang tegang.

“Sangat mengagumkan apabila melihat buku-buku Harry Potter melakukannya dengan baik dan mencetuskan tawaran sengit,” kata pelelong Hansons kepada BBC.

Buku-buku tersebut adalah salinan ketiga edisi pertama kulit keras yang dijumpai oleh syarikat yang berpangkalan di Derbyshire dalam tempoh 12 bulan terakhir, dan pakar buku, Jim Spencer, menggambarkannya sebagai “harta karun” bagi pengumpul buku.

Jadi sesiapa yang memiliki buku ini dan mahu menjualnya, ini syarat yang anda perlu tahu tentang bagaimana buku itu akan dinilai sama ada edisi pertama atau tidak.

  • Penerbit mestilah dari Bloomsbury
  • Pastikan tarikh hak cipta pada tahun 1997
  • Ini paling penting semak muka surat 53, jika ada perkataan ini maka itu ialah buku edisi pertama.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.