HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Penangguhan projek HSR mungkin dilanjut selepas 31 Mei

-

Singapura sedang mempertimbangkan permintaan Malaysia untuk melanjutkan tempoh penggantungan projek itu.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Malaysia dan Singapura pada 2018 bersetuju menggantung pembinaan projek HSR sepanjang 350km sehingga 31 Mei ini bagi mencari penyelesaian untuk mengurangkan kos projek. (Gambar Bernama)

SINGAPURA:
Penggantungan pembinaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) sepanjang 350km mungkin dilanjutkan selepas 31 Mei ini.

“Malaysia meminta untuk melanjutkan tempoh penggantungan bagi membolehkan kedua-dua pihak membincangkan perubahan yang dirancangkan.

“Kami sedang mempertimbangkan permintaan mereka dengan serius,” kata Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan dalam catatan Facebooknya semalam.

Sebelum ini, kedua-dua kerajaan bersetuju menggantung pembinaan projek dua hala itu sehingga 31 Mei ini bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

Putrajaya mengkaji semula projek itu dengan MyHSR Corp mengenal pasti opsyen pengurangan kos, seperti menyemak dan mengoptimumkan penjajaran, lokasi stesen dan model perniagaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.