HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Tiada jangkitan mendadak selepas 14 hari Aidilfitri, kata Noor Hisham

-

Ketua pengarah kesihatan berkata demikian dengan melihat trend jangkitan selepas 8 hari sambutan perayaan tersebut.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah

PETALING JAYA:
Kementerian kesihatan (KKM) menjangkakan tiada peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak minggu depan selepas 14 hari sambutan Aidilfitri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata demikian dengan melihat trend jangkitan selepas 8 hari sambutan perayaan tersebut.

“Sekarang kementerian melihat data-data dan fakta, kita dapati rakyat patuh kepada standard operation procedure (SOP). Kalau lihat trend 8 hari selepas sambutan hari Raya tiada peningkatan kes, ini menunjukkan kepatuhan SOP.

“Kita jangka minggu depan juga tiada peningkatan kes mendadak,” katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Katanya, memandangkan tiada peningkatan mendadak penularan tempatan, KKM sedia memberi nasihat bagi membolehkan kelonggaran kepada beberapa sektor beroperasi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya, adakah KKM mengariskan SOP khusus kepada sektor yang akan dibuka termasuk institusi latihan memandu serta urusan pembaharuan lesen.

“Mereka yang perlu ambil lesen memandu, perlu mengamalkan penjarakkan sosial serta patuh kepada SOP yang diterapkan termasuk kerap mencuci tangan,” katanya.

Noor Hisham berkata fokus KKM kini memastikan warga asing mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Fokus kita bukan warganegara, majikan juga kena lihat bagaimana boleh maklumkan pekerja patuh kepada SOP, dengan mengambil langkah kebersihan, kalau bukan warganegara, warganegara boleh dapat beri kerjasama kita boleh putuskan jangkitan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.