![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2020%2F06%2FCovid19-KKM-bm-080620-2.jpg&w=3840&q=75)
Dalam perkembangan sama, 7 jangkitan baru dilaporkan hari ini, iaitu paling rendah sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan 18 Mac.
“Daripada 7 kes baru yang dilaporkan, 2 adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Daripada kes penularan tempatan, 0 kes membabitkan bukan warganegara dan 5 warganegara,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.
Sehingga kini, keseluruhan mangsa yang dijangkiti 8,329 orang. Ketika ini, seramai 1,518 orang sedang dirawat, dengan 6 berada di unit rawatan rapi dan 1 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sementara itu, 20 mangsa dilaporkan pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh 6,694 orang.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram