
Perarakan besar-besaran yang berlaku selama 7 bulan tercetus pada 9 Jun tahun lepas ketika jutaan orang turun ke jalanan bagi membantah rang undang-undang yang membenarkan ekstradisi ke tanah besar China.
Ketika pemimpin kota itu mempertahankan RUU tersebut, pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan jadi perkara biasa, menjejaskan reputasi kestabilan hub kewangan itu, dan ramai penduduk secara terbuka menolak pemerintahan Beijing.
Setahun kemudian, penunjuk perasaan rasa terancam dengan rancangan Beijing untuk menggubal undang-undang melarang subversi, pemisahan, keganasan, dan campurtangan asing.
Langkah melawan virus juga melarang lebih daripada 8 orang berhimpun di khalayak.
Bagaimanapun tunjuk perasaan kecil-kecilan masih berlaku.
Ribuan penunjuk perasaan berhimpun, berarak, dan melaungkan slogan di pusat bandar semalam.
Polis anti-rusuhan digerakkan dan menyembur pemedih mata bagi menyuraikan orang ramai. Sekurang-kurangnya 25 tangkapan dibuat sepanjang malam itu.
“Sudah banyak yang kita lalui,” kata seorang penunjuk perasaan berusia 23 tahun bernama Michael kepada AFP.
“Tetapi saya masih perlu tunjukkan pendirian saya, tampil, dan beritahu rejim ini bahawa kami belum lupa.”
Semalam, penganjur tunjuk perasaan tahun lepas menyeru kerajaan menarik balik sekatan tunjuk perasaan memandangkan kota itu sebahagian besarnya bebas daripada jangkitan koronavirus.
“Gerakan belum selesai,” kata Jimmy Sham dari Civil Human Rights, yang membawa pendekatan tidak ganas.
Sepanjang tahun lepas, kira-kira 9,000 orang ditahan dan lebih 500 orang didakwa kerana merusuh – berdepan 10 tahun penjara jika sabit kesalahan.
Tunjuk perasaan muncul semula sejak rancangan undang-undang keselamatan nasional diumumkan, menyaksikan puluh ribu melanggar larangan berhimpun pada 4 Jun bagi memperingati ulangtahun tindakan keras kerajaan dalam peristiwa Tiananmen 1989.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram