HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Cara betul sukatan ubat gigi untuk anak bukan letak sepanjang berus gigi!

-

Ubat gigi berflorida boleh mencegah karies gigi tetapi pengambilan berlebihan akan menyebabkan masalah flourosis.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Ubat gigi berflorida boleh mencegah karies gigi tetapi pengambilan berlebihan akan menyebabkan masalah flourosis. (Gambar Public Health Malaysia)

Kalau lihat iklan ubat gigi kebanyakannya akan meletakkan ubat gigi sepanjang bulu berus.

Dek kerana terikut dengan apa yang dilihat maka kebanyakan kita pun melakukan perkara yang sama.

Hakikatnya penggunaan ubat gigi tidak perlu terlalu banyak.

Malah terlalu banyak menggunakan ubat gigi juga akan memberi kesan negatif pada gigi terutamanya pada kanak-kanak.

Penggunaan ubat gigi untuk kanak-kanak di bawah 3 tahun hanya perlu secalit saja atau pada kuantiti sebutir beras.

Mana kala untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas kuantiti ubat gigi yang digunakan hanya sebesar kacang pea.

Menurut Public Health Malaysia, survey yang dilakukan oleh CDC menunjukkan 80% kanak-kanak menggunakan ubat gigi terlalu banyak.

Ubat gigi berflorida boleh mencegah karies gigi tetapi pengambilan berlebihan akan menyebabkan masalah flourosis.

Ini akan mengakibatkan permukaan gigi menjadi tidak rata dan warna gigi berubah.

Gigi sebegini lebih sukar dijaga dan mudah rosak.

Pesan pada anak, jangan picit ubat gigi sepenuh berus gigi seperti dalam iklan!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.