
Garam antara bahan penting ketika memasak kerana ia “penyedap” kepada masakan.
Tanpa garam, ibaratnya hambarlah juadah yang disediakan.
Tapi sebenarnya, garam bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak sebaliknya ia mempunyai pelbagai kegunaan lain termasuklah menjaga kebersihan peralatan memasak.
Berikut beberapa kegunaan lain garam yang mungkin anda tidak ketahui;
1. Kupas Kulit Telur
Ingin mengupas kulit telur dengan cara yang mudah dan cepat? Tambahkan sahaja satu sudu garam ke dalam air ketika merebus telur.
Cara ini akan membuatkan kulit telur menjadi lembut dan mudah mengelupas.
2. Mengawet Susu
Untuk membuatkan susu segar anda tahan lebih lama, taburkan garam di sekeliling kotak susu. Mudah, bukan?
3. Segarkan Sayuran
Sayuran hijau akan lebih sedap jika ia masih kekal hijau. Namun selalunya, warnanya akan cepat pudar meskipun disimpan dalam peti sejuk.
Untuk mengatasinya, rendamkan sayuran anda dalam air bergaram. Kaedah ini akan menjaga kualiti klorofil pada sayuran sehingga warna tetap hijau dan segar.
4. Mencegah Daging Melekat
Memanggang daging tanpa minyak atau mentega biasanya ia akan melekat pada kuali namun dengan menyapu garam pada daging anda, masalah itu tidak akan timbul.
Garam memang banyak kegunaannya, tapi sebaik-baiknya, kurangkan penggunaannya dalam masakan bagi mengelakkan penyakit berbahaya seperti hipertensi dan masalah jantung.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram