
Syarikatnya, Ora Media memaklumkan King menghembuskan nafas terakhir di hospital pagi tadi. Punca kematiannya tidak didedahkan, tetapi beliau dimasukkan ke hospital untuk rawatan Covid-19 beberapa minggu lalu.
Kematiannya menyusul selepas menghadapi masalah kesihatan selama bertahun-tahun, termasuk kanser paru-paru dan prostat.
Beliau terselamat daripada serangan jantung pada 1987 dan strok yang hampir meragut nyawanya pada 2019, menyebabkan beliau koma beberapa minggu.
King menjadi terkenal menerusi program “Larry King Show” di radio, yang bersiaran dari 1978 hingga 1994. Beliau kemudiannya mendapat Anugerah Peabody pada 1982 dan memulakan program “Larry King Live” di saluran CNN pada 1985 yang menjulang kemasyhurannya ke tahap baru.
Program itu meliputi pelbagai topik daripada isu semasa kepada temubual ahli teori konspirasi dan tetamu selebriti yang menjadi tontonan ramai di AS.
King berundur pada 2010 dan slot programnya diambil alih Piers Morgan.
King berkahwin lapan kali dan mempunyai lima anak, sembilan cucu dan empat cicit.
Dua anaknya, Chaia King dan Andy King, meninggal dunia selang tiga minggu tahun lalu.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram