Presiden kelab bola sepak Brazil, pemain maut dalam nahas pesawat

Presiden kelab bola sepak Brazil, pemain maut dalam nahas pesawat

Jurucakap kelab berkata, pemain tersebut menaiki pesawat peribadi kerana disahkan positif Covid-19, manakala ahli pasukan mereka yang lain menaiki pesawat komersial.

Semua mangsa dalam perjalanan ke Goiania untuk menyertai pertandingan piala Brazil. (Gambar AP)
BRASILIA:
Presiden kelab bola sepak Brazil, Palmas dan empat pemainnya terbunuh apabila pesawat dinaiki terhempas semalam, lapor agensi.

Dalam satu kenyataan hari ini, jurucakap kelab Izabela Martins berkata, pesawat itu terhempas di hujung landasan ketika dalam proses berlepas.

Mangsa dikenali sebagai presiden kelab, Lucas Meira dan pemain Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari, yang dalam perjalanan ke Goiania untuk bermain menentang Vila Nova dalam sebuah pertandingan piala Brazil. Juruterbang pesawat itu juga terkorban.

Martins memberitahu AP, pemain tersebut menaiki pesawat peribadi kerana disahkan positif Covid-19 dan semalam adalah hari terakhir mereka dalam kuarantin. Ahli pasukan mereka yang lain mengambil penerbangan komersial, tambahnya.

Punca kemalangan sedang disiasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.