Bayi 6 bulan tidak sengaja disuntik vaksin Covid-19

Bayi 6 bulan tidak sengaja disuntik vaksin Covid-19

Bayi berkenaan diberi vaksin selepas dia dibawa ke pusat kesihatan keluarga untuk menerima suntikan imunisasi bayi.

Seorang bayi berusia enam bulan di Chile secara tidak sengaja disuntik dengan vaksin Covid-19 Sinovac China. (Gambar Bernama)
MOSCOW:
Seorang bayi berusia enam bulan di Chile secara tidak sengaja disuntik dengan vaksin Covid-19 Sinovac China, lapor Sputnik memetik penyiar 24 Horas pada Khamis.

Menurut agensi berita itu, bayi berkenaan diberi vaksin selepas ibunya membawanya ke pusat kesihatan keluarga di komuniti Tirua di wilayah Bio Bio untuk menerima suntikan imunisasi bayi.

Pihak komuniti telah memaklumkan perkara itu kepada semua pihak berkaitan untuk mengambil semua langkah perlu bagi memantau keadaan bayi tersebut.

Setakat ini, bayi itu belum menunjukkan reaksi negatif. Siasatan mengenai kejadian sedang dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.