HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Indonesia buka semula perkhidmatan visa semasa ketibaan ke Bali

-

Visa semasa ketibaan (VoA) akan dilaksanakan sebelum 14 Mac, memandangkan kadar vaksinasi dua dos di pulau percutian itu lebih tinggi berbanding wilayah lain.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Warga asing boleh memohon visa itu selepas tiba di lapangan terbang dan pelabuhan antarabangsa Bali dan boleh meninggalkan negara melalui mana-mana pintu imigresen, tidak semestinya di Bali. (Gambar AP)

JAKARTA:
Indonesia membuka semula perkhidmatan visa semasa ketibaan (VoA) ke Bali untuk pelancong dari 23 negara, termasuk Malaysia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Menurut pengumuman Direktorat Jeneral Imigresen hari ini, VoA akan dilaksanakan sebelum 14 Mac, memandangkan kadar vaksinasi dua dos di pulau percutian itu lebih tinggi berbanding wilayah lain.

Warga asing boleh memohon visa itu selepas tiba di lapangan terbang dan pelabuhan antarabangsa Bali dan boleh meninggalkan negara melalui mana-mana pintu imigresen, tidak semestinya di Bali, kata sub-penyelaras perhubungan awam direktorat, Achmad Nur Saleh dalam kenyataan.

Minggu lepas, Menteri Penyelaras Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan, Luhut Binsar Panjaitan, dilaporkan berkata Bali telah dipilih sebagai destinasi untuk melaksanakan program percubaan bagi ketibaan pelancong tanpa kuarantin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.