
Gempa bumi berlaku pada kedalaman 61.4km dan 67km dari timur Kainantu, sebuah bandar di timur Papua New Guinea.
Sistem amaran tsunami AS mengeluarkan amaran ancaman berikutan gempa bumi itu, lapor Sputnik.
“Gelombang tsunami berkemungkinan melanda sekitar 1,000km dari pusat gempa di sepanjang pantai Papua New Guinea dan Indonesia,” menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik AS.
Dua gempa bumi lemah yang berlaku di barat daya bandar Pariaman, Indonesia dipercayai mencetuskan gempa bumi kuat itu.
Tiada kerosakan dilaporkan setakat ini.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram