HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Insiden tembak di sekolah Rusia, angka maut meningkat 13 orang

-

Mayat penyerang yang dipercayai membunuh diri itu ditemukan memakai baju-T hitam dengan simbol Nazi dan topeng ski.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Seramai 14 kanak-kanak dan tujuh dewasa cedera dalam serangan di sekolah yang terletak berhampiran bangunan pentadbiran bandar Izhevsk, di Republik Udmurt, di barat Rusia. (Gambar AP)

MOSCOW:
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh, termasuk tujuh kanak-kanak, dalam satu insiden tembakan di sebuah sekolah di bandar Izhevsk, Rusia pada Isnin, lapor Xinhua.

Menurut Agensi Berita TASS yang memetik Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, 14 kanak-kanak dan tujuh dewasa cedera dalam serangan di sekolah yang terletak berhampiran bangunan pentadbiran bandar Izhevsk, di Republik Udmurt di barat Rusia.

Berdasarkan laporan awal, sembilan terbunuh dan kira-kira 20 yang lain cedera dalam kejadian itu.

Menurut jawatankuasa itu, mayat penyerang yang dipercayai membunuh diri itu ditemukan memakai baju-T hitam dengan simbol Nazi dan topeng ski. Identitinya masih belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan dijumpai.

Sekolah itu mempunyai 982 pelajar serta 80 guru, dan mereka telah dipindahkan.

Gabenor Republik Udmurt mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari bermula Isnin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.