HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Helikopter polis Indonesia terhempas di Kalimantan

-

Pasukan penyelamat menemui satu mayat dan tiga lagi masih hilang selepas helikopter itu terhempas di Kepulauan Bangka Belitung.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Helikopter yang membawa empat penumpang dijumpai terhempas selepas sehari terputus hubungan di Kepulauan Bangka Belitung, Indonesia.

JAKARTA:
Pasukan penyelamat menemukan satu mayat setakat ini dalam insiden helikopter polis terhempas di Kepulauan Bangka Belitung, sehari selepas pesawat itu terputus hubungan.

Helikopter itu membawa empat penumpang dan misi mencari masih diteruskan di pantai timur Pulau Belitung untuk mengesan mangsa yang masih hilang.

Pesawat tersebut berlepas pada Ahad dari wilayah Kalimantan Tengah menuju ke wilayah Kepulauan Bangka Belitung apabila ia terputus hubungan akibat cuaca buruk.

“Penyelamat menemukan mayat di perairan Manggar pagi ini,” kata jurucakap polis Bangka Belitung A Maladi dalam satu kenyataan.

Beliau berkata nelayan di kawasan itu menemukan tiga `headrest’ dengan lambang pasukan operasi udara polis Indonesia pada Ahad petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.