
Jenama ikonik AS itu menyaksikan harga sahamnya jatuh kepada USD1.24, mencecah paras terendah dalam tempoh tiga tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ketua Pegawai Eksekutifnya Miguel Fernandez dalam satu kenyataan berkata syarikat itu akan berusaha untuk mengurangkan kesan yang timbul akibat masalah itu.
Syarikat yang berpangkalan di Orlando itu diasaskan pada 1946 oleh Earl Tupper.
Pada suku akhir 2022, jualan tahun ke tahun merosot sebanyak 20% kepada USD313.7 juta. Tupperware mengalami kerugian sebanyak USD35.7 juta.
Syarikat itu juga gagal menyerahkan laporan tahunan tepat pada masanya yang boleh menyebabkan pelanggaran perjanjian kredit.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram