HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Pertempuran berterusan di Sudan ketika gencatan senjata

-

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, masih berlaku beberapa siri pertempuran di Sudan.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Minggu lalu, Angkatan Tentera Sudan dan kumpulan separa tentera RSF bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama tujuh hari. (Gambar AP)

TORONTO:
Pertempuran masih berterusan di Sudan, walaupun gencatan senjata jangka pendek diumumkan antara pihak bertelagah, kata seorang jurucakap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Maklumat terkini ialah masih terdapat beberapa siri pertempuran. Kami tidak memantau secara rasmi gencatan senjata itu,” kata Stephane Dujarric dalam taklimat media pada Jumaat menurut laporan Agensi Anadolu.

Amerika Syarikat (AS) dan rakan kongsinya terus membantu penduduk hilang tempat tinggal akibat pertempuran, kata Dujarric sambil memperincikan bantuan yang disampaikan kepada penduduk setempat.

Program Makanan Sedunia (WFP) PBB menghantar bantuan makanan kepada lebih 600,000 orang di Sudan, manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaporkan 38 kemudahan kesihatan diserang sejak awal konflik.

WFP merancang memulakan pengedaran di tengah Darfur dalam beberapa hari akan datang, kata Dujarric.

Pada 15 April lalu, pertempuran meletus antara tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) di ibu negara Khartoum dan kawasan sekitarnya.

Lebih 600 orang terkorban dan beribu-ribu lagi cedera.

Angkatan Tentera Sudan dan kumpulan separa tentera RSF pada minggu lalu bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama tujuh hari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.