HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

4 maut bot karam di Bangladesh

-

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan, selepas tujuh mangsa dihantar ke hospital.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Anggota mencari dan menyelamat menaiki sejumlah bot untuk mencari mangsa hilang di Sungai Buriganga dengan lampu suluh. (Gambar Reuters)

DHAKA:
Sekurang-kurangnya empat lemas selepas sebuah bot dinaiki 20 orang karam di Sungai Buriganga, dekat Dhaka, Bangladesh pada Ahad, kata jurucakap bomba.

Kebanyakan penumpang dipercayai berenang ke darat ketika bas air itu karam dekat tebing, kata pegawai bomba Anwarul Islam.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan, selepas empat mayat ditemui dan tujuh mangsa terselamat dihantar ke hospital, kata pegawai polis Sahabuddin Kabir kepada Reuters.

Saksi berkata, ratusan orang berkumpul di tebing ketika pasukan SAR yang menaiki sejumlah bot mencari di sungai dengan lampu suluh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.