HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kyiv, Lviv termasuk senarai tapak warisan terancam akibat perang

-

Ia melibatkan Saint Sophia Cathedral dan muzium Pechersk Lavra di Kyiv serta bandar lama Lviv.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Tapak mempunyai ‘nilai universal luar biasa’ di Kyiv dan Lviv telah terancam sejak pencerobohan Rusia pada Februari tahun lalu. (Gambar AFP)

PARIS:
Unesco menyenaraikan tiga tapak bersejarah di bandar Kyiv dan Lviv dalam “Senarai Warisan Dunia Terancam” akibat perang berterusan Rusia terhadap Ukraine, lapor Agensi Berita dpa.

Saint Sophia Cathedral, gereja yang mengagumkan di ibu negara Ukraine dan muzium Pechersk Lavra yang terkenal telah disenaraikan sebagai terancam, serta bandar bersejarah lama Lviv.

Tapak mempunyai “nilai universal luar biasa” telah terancam sejak pencerobohan berskala penuh Rusia pada Februari tahun lalu, kata Jawatankuasa Warisan Dunia Unesco pada mesyuarat di Riyadh, Arab Saudi.

“Masyarakat antarabangsa tidak boleh berpaling ke arah lain apabila warisan manusia bersama kita diserang,” kata presiden Suruhanjaya Unesco Jerman Maria Bohmer.

Perang itu juga menimbulkan risiko khazanah budaya Ukraine dirompak, tambah Bohmer.

“Masyarakat antarabangsa mesti bekerjasama rapat untuk menghentikan perdagangan haram barangan budaya dan meminta mereka yang bertanggungjawab.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.