HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

6 budak antara 14 maut kebakaran di Chile

-

Mangsa dipercayai daripada tiga keluarga.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Kebakaran dua rumah di kawasan perumahan Los Pirquenes dipercayai berpunca daripada api dapur. (Gambar AFP)

SANTIAGO:
Sekurang-kurangnya 14 maut, termasuk enam kanak-kanak dalam kebakaran dua rumah di kawasan perumahan Los Pirquenes di Chile, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik Datuk Bandar Pelabuhan Coronel, Boris Chamorro pada Isnin.

Laman sesawang berita Chile, Cooperativa melaporkan mangsa dipercayai daripada tiga keluarga. Kebakaran dipercayai berpunca daripada api dapur.

Kebakaran sering berlaku di kawasan penempatan dibina secara haram di Chile.

Pada awal 2022, sekurang-kurangnya 100 rumah musnah dalam kebakaran besar di utara negara itu menyebabkan lebih 400 orang hilang tempat tinggal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.