HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Letupan berlaku dekat Kedutaan Israel di New Delhi

-

Pihak berkuasa Israel sedang bekerjasama dengan rakan sejawatan India untuk menyiasat insiden itu.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Pasukan keselamatan memeriksa lokasi letupan dekat Kedutaan Israel di New Delhi. (Gambar Reuters)

NEW DELHI:
Tiada petugas cedera selepas satu letupan berlaku dekat Kedutaan Israel di New Delhi petang tadi, kata pihak berkuasa.

“Kami boleh mengesahkan sekitar 5.20 petang waktu tempatan, berlaku letupan dekat kedutaan,” kata jurucakap Kedutaan Israel, Guy Nir kepada Reuters sambil menambah polis dan pasukan keselamatan sedang menyiasat kejadian itu.

Kementerian Luar Israel berkata, tiada petugas cedera susulan letupan itu. Pihak berkuasa Israel sedang bekerjasama dengan rakan sejawatan mereka dari India untuk menyiasat punca letupan.

Pasukan bomba tidak menemui sebarang petunjuk setakat ini, kata pegawai kanannya, Atul Garg kepada agensi berita India ANI.

Pada Januari 2021, sebutir bom kecil meletup dekat Kedutaan Israel di New Delhi dan tiada kecederaan dilaporkan. Seorang pegawai Israel ketika itu berkata, mereka menganggap letupan itu insiden pengganas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.