HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Lee akan dilantik menteri kanan dalam Jemaah Menteri baharu

-

Bakal PM baharu Singapura Lawrence Wong berkata Lee Hsien Loong kekal berada dalam Jemaah Menteri.

0
Shares
Total Views: 1
Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong, berkata Lee Hsien Loong akan dilantik menteri kanan selepas tidak lagi menjadi perdana menteri. (Gambar AP)
Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong, berkata Lee Hsien Loong akan dilantik menteri kanan selepas tidak lagi menjadi perdana menteri. (Gambar AP)

SINGAPURA:
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong akan kekal dalam barisan Jemaah Menteri baharu sebagai menteri kanan, lapor media tempatan yang memetik Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong.

The Straits Times melaporkan Wong yang akan menjalankan tugasnya sebagai perdana menteri Singapura menggantikan Lee pada 15 Mei, akan mengumumkan butiran Jemaah Menteri baharunya dalam sidang media beberapa hari, sebelum majlis mengangkat sumpah.

“Tidak pernah berlaku apabila berlaku peralihan kepimpinan, semua menteri yang lebih tua mengundur diri pada masa sama. Sebaliknya, mereka terus menyumbang dalam cara yang berbeza, sambil memberi ruang kepada yang lebih muda untuk meningkat naik.

“Saya akan mengguna pakai pendekatan sama apabila saya mengambil alih,” katanya kepada media, lapor akhbar itu.

Jabatan Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan semalam, mengumumkan Lee akan melepaskan jawatannya pada 15 Mei bagi memberi laluan kepada Wong untuk menggantikannya.

Bekas perdana menteri, Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong juga berkhidmat sebagai menteri kanan selepas melepaskan jawatan masing-masing.

Wong yang juga menteri kewangan berkata, Jemaah Menteri baharu itu tidak akan menyaksikan perubahan besar dan menjangka kebanyakan menteri sedia ada akan kekal dalam portfolio semasa.

Bagaimanapun, Wong berkata perubahan besar kemungkinan berlaku selepas PRU dan beliau sudah mula mencari calon-calon baharu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.