HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Polis tembak mati 10 penunjuk perasaan serbu Parlimen di Nairobi

-

Penunjuk perasaan itu didakwa marah dengan cadangan kenaikan cukai.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Bangunan Parlimen dan Pejabat Gabenor Nairobi di kompleks ibu kota turut dibakar oleh golongan belia yang marah. (Gambar AP)

NAIROBI:
Sekurang-kurangnya 10 terbunuh apabila polis melepaskan tembakan ke arah ratusan penunjuk perasaan menyerbu kawasan Parlimen di Nairobi, ibu negara Kenya.

“Berpuluh-puluh cedera, dan angka kematian dijangka meningkat kerana ramai yang mengalami luka tembakan,” lapor Agensi Anadolu memetik seorang sukarelawan Palang Merah yang enggan dikenali.

“Keadaan adalah kritikal, dan kami berusaha keras untuk memberikan bantuan perubatan yang mencukupi kerana ia semakin teruk,” kata sukarelawan itu.

Marah dengan cadangan kenaikan cukai, penunjuk perasaan memasuki kawasan Parlimen, menimbulkan suasana huru-hara dan penjarahan besar-besaran.

Sebahagian daripada Bangunan Parlimen dan Pejabat Gabenor Nairobi di kompleks ibu kota turut dibakar oleh golongan belia yang marah.

Penggubal undang-undang terpaksa berlindung di terowong bawah tanah apabila penunjuk perasaan melepasi perimeter keselamatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.