
Resolusi itu telah diluluskan dengan undian 416-0.
Pasukan petugas ini akan dianggotai 13 ahli dewan dan dijangka merangkumi tujuh ahli Republikan dan enam Demokrat, serta mempunyai kuasa sepina.
Pasukan terbabit akan cuba mengenal pasti masalah atau kegagalan pada 13 Julai apabila seorang lelaki bersenjata berusia 20 tahun, Thomas Matthew Crooks, melepaskan tembakan ketika Trump sedang berkempen di Pennsylvania.
Dalam kejadian itu sekurang-kurangnya seorang penonton terbunuh.
Pasukan petugas juga akan berusaha memastikan akauntabiliti bagi kelemahan keselamatan dan mencari cara mencegah kegagalan pada masa hadapan.
Ia akan membuat cadangan kepada agensi persekutuan dan mengesyorkan sebarang undang-undang yang diperlukan bagi melaksanakan pembaharuan.
Pasukan petugas terbabit dijangka menghasilkan laporan pada Disember.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram