HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Warga New Zealand bebas selepas 19 bulan ditahan militan Papua

-

Philips Mark Mehrtens, 38, berjaya diselamatkan oleh pasukan tentera dan polis di daerah Maibarok pada Sabtu.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Juruterbang Susi Air Philips Mark Mehrtens diculik pada 7 Feb tahun lepas ketika melakukan penerbangan memindahkan pekerja dari wilayah bergolak. (Gambar AP)

JAKARTA:
Juruterbang Susi Air Philips Mark Mehrtens dibebaskan selepas lebih 19 bulan dalam tahanan Kumpulan Penjenayah Bersenjata (KKB) di Papua, timur Indonesia.

Warga New Zealand itu diculik pada 7 Feb tahun lepas ketika melakukan penerbangan memindahkan pekerja dari wilayah bergolak itu dan mendarat di Lapangan Terbang Paro, daerah Nduga.

Ketua operasi Damai Cartenz, Brigadier Jeneral Faizal Ramadhani mengesahkan, kerajaan Indonesia melaksanakan pendekatan secara rundingan, mengutamakan dialog berbanding tindakan bersenjata.

Pasukan petugas turut berunding dengan pemimpin agama, wakil gereja, tokoh tempatan serta ahli keluarga ketua pemisah, Egianus Kogoya.

“Strategi ini penting untuk meminimumkan kemalangan jiwa dalam kalangan pihak berkuasa dan orang awam sambil memastikan keselamatan juruterbang,” katanya dalam kenyataan.

Selepas rundingan yang panjang, Mehrtens, 38, berjaya diselamatkan oleh pasukan gabungan tentera dan polis dari Pasukan Petugas Damai Cartenz di kampung Yuguru, daerah Maibarok pada Sabtu.

Dia kemudiannya dibawa ke Mobile Brigade Corps Command Headquarters Battalion B di Timika.

“Operasi ini berjaya dan Mehrtens dijumpai dalam keadaan sihat. Dia diterbangkan terus dari Nduga ke Timika,” kata jurucakap pasukan petugas itu, Pesuruhjaya Polis Bayu Suseno.

Selepas operasi menyelamat, Mehrtens menjalani pemeriksaan perubatan dan penilaian psikologi bagi memastikan kesejahteraannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.