
Puteri Yuriko menerima rawatan di hospital sejak Mac akibat strok dan radang paru-paru, namun fungsi jantung dan buah pinggangnya didapati merosot baru-baru ini, menurut Imperial Household Agency.
Beliau berkahwin dengan Putera Mikasa, adik bongsu Maharaja Hirohito, setelah tamat pengajian di Akademi Wanita Gakushuin pada usia 18 tahun.
Suaminya meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada usia 100 tahun pada 2016.
Pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan dan tiga anak lelaki, Putera Tomohito, Putera Katsura dan Putera Takamado yang masing-masing meninggal dunia pada 2012, 2014, dan 2002.
Tiga cucu perempuannya masih kekal dalam keluarga diraja.
Berikutan pemergian Puteri Yuriko, bilangan kerabat diraja Jepun semakin berkurangan susulan Undang-Undang Imperial Jepun 1947 yang menetapkan bahawa wanita kehilangan status diraja apabila berkahwin dengan rakyat biasa.
Dua lagi kerabat diraja, Puteri Noriko dan Puteri Ayako, melepaskan gelaran diraja selepas berkahwin dengan rakyat biasa pada 2014 dan 2018.
“Saya berasa sangat sedih mendengar berita kehilangan ini. Saya mengucapkan takziah yang tulus ikhlas bersama rakyat Jepun,” kata Perdana Menteri Shigeru Ishiba dalam kenyataan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram