HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Nahas pesawat Azerbaijan, Putin mohon maaf

-

Pesawat itu buat percubaan mendarat di bandar Grozny ketika sistem pertahanan udara sedang bertindak balas terhadap serangan dron Ukraine.

0
Shares
Total Views: 1
Azerbaijan
Bangkai pesawat Azerbaijan Airlines penerbangan J2-8243 yang terhempas dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Aktau di Kazakhstan. (Gambar AP)

MOSCOW:
Presiden Rusia Vladimir Putin menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan nahas pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah, lapor Agensi Anadolu.

“Vladimir Putin memohon maaf atas kejadian tragik yang berlaku di ruang udara Rusia dan sekali lagi menyampaikan ucapan takziah yang mendalam dan ikhlas kepada keluarga mangsa serta mengharapkan pemulihan segera kepada yang cedera,” menurut kenyataan Kremlin.

Putin menegaskan pesawat penumpang Azerbaijan itu membuat beberapa percubaan untuk mendarat di bandar Grozny, Chechnya, pada ketika sistem pertahanan udara Rusia sedang bertindak balas terhadap serangan dron Ukraine.

Beliau memberitahu Aliyev bahawa Jawatankuasa Siasatan Rusia telah memulakan kes di bawah Perkara 263 Kanun Jenayah, yang meliputi pelanggaran keselamatan trafik udara dan peraturan operasi.

“Tindakan siasatan awal sedang dijalankan, dengan pakar awam dan tentera sedang dirujuk,” tambah kenyataan itu.

Pada Rabu, pesawat Azerbaijan Airlines membawa 67 penumpang dari ibu negara Azerbaijan, Baku, ke Grozny terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan, mengorbankan 38, manakala 29 terselamat.

Dua wakil dari Pejabat Pendakwa Raya Azerbaijan kini berada di Grozny, bekerjasama dengan pegawai Rusia dari Pejabat Pendakwa Raya dan Jawatankuasa Siasatan.

Pelbagai perkhidmatan dari Rusia, Azerbaijan dan Kazakhstan sedang menyelaras rapat di tapak kemalangan berhampiran Aktau untuk menguruskan kesan bencana itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.