HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Pencemaran udara teruk, Bangkok tutup lebih 350 sekolah

-

Jumlah sekolah yang ditutup di ibu negara Thailand pada Jumaat itu adalah yang tertinggi sejak 2020.

2
Shares
Total Views: 1
Bangkok pollution
Pihak berkuasa tempatan menasihatkan penduduk Bangkok agar mengelak keluar rumah dan bekerja dari rumah susulan kualiti udara yang buruk. (Gambar EPA Images)

BANGKOK:
Pihak berkuasa Thailand pada Jumaat menutup lebih 350 sekolah di ibu negara akibat pencemaran udara, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan Khaosod English.

Pentadbiran Metropolitan Bangkok mengarahkan kesemua 352 sekolah ditutup dan mengadakan kelas dalam talian disebabkan oleh kualiti udara yang buruk di bandar raya itu.

Bangkok kini merupakan bandar raya keempat paling tercemar di dunia, menurut pemantau kualiti udara IQAir yang berpangkalan di Switzerland.

Jumlah sekolah yang ditutup pada Jumaat adalah yang tertinggi sejak 2020, apabila kesemua 437 sekolah di Bangkok ditutup akibat pencemaran udara.

Partikel mikro penyebab kanser atau bahan pencemar PM2.5, mencecah 108 mikrogram setiap meter padu, menurut IQAir.

Pihak berkuasa tempatan menasihatkan orang ramai agar mengelak keluar rumah, bekerja dari rumah dan menyekat kemasukan kenderaan berat ke kawasan bandar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.