
“Pesawat itu berada dalam laluan yang sempurna dan rutin ke lapangan terbang. Helikopter itu pula terbang terus ke arah pesawat untuk jangka masa yang lama. Ia malam yang terang, lampu pada pesawat menyala, mengapa helikopter itu tidak naik atau turun, atau membelok?
“Mengapa menara kawalan tidak memberi arahan kepada helikopter tentang apa yang perlu dilakukan, dan bukannya bertanya sama ada mereka melihat pesawat itu?
“Ini adalah situasi yang buruk dan kelihatan seperti ia seharusnya boleh dielak. Tidak baik!!!” kata Trump di platform media sosial Truth Social.
Kenyataan beliau dibuat susulan pelanggaran udara antara sebuah jet penumpang milik American Airlines dengan sebuah helikopter Black Hawk milik tentera darat AS sebelum terhempas ke Sungai Potomac berhampiran Reagan National Airport pada Rabu malam.
“Jet penumpang Bombardier CRJ700 milik PSA Airlines berlanggar di udara dengan helikopter Sikorsky H-60 ketika menghampiri Landasan 33 di Reagan National Airport Washington kira-kira 9 malam waktu tempatan,” menurut kenyataan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.
Pesawat yang dikendalikan oleh American Airlines itu berlepas dari Wichita, Kansas, menurut FAA.
American Airlines mengesahkan terdapat 60 penumpang dan empat kru di dalam pesawat berkenaan.
Sementara itu, 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac dan tiada mangsa yang selamat selepas pesawat yang berlanggar itu terhempas.
Ketika ini operasi menyelamat masih dijalankan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram