HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Taman Saujana Hijau: Menyingkap keindahan taman di sekitar dunia

-

Taman Saujana Hijau yang terletak di Precinct 11, Putrajaya ini menggunakan pokok-pokok “pine” dan konifer sebagai hiasan, menyerlah keindahan alam semulajadi di samping suasana yang mendamaikan.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Taman Saujana Hijau di Putrajaya, tempat riadah untuk seisi keluarga. (Gambar Malaysia Traveller)

Taman Saujana Hijau yang terletak di Precinct 11, Putrajaya merupakan taman seluas 41 hektar menyediakan tempat rehat dan riadah dengan pondok-pondok rehat dikeliling rimbunan pohon hijau.

Lanskapnya agak berbeza dari taman-taman lain di Putrajaya yang mana ia menggunakan pokok-pokok “pine” dan konifer sebagai hiasan, menyerlah keindahan alam semulajadi di samping suasana yang mendamaikan.

Taman ini dibahagikan kepada tiga zon – Taman Eropah, Taman Oriental (Timur) dan Taman Inggeris yang masing-masing diterjemahan dalam rekaan lanskap dan ‘gazebo’ yang berbeza.

Taman Eropah

Free Malaysia Today
Taman Eropah ini adalah bukit paling tinggi di sini. (Gambar Malaysia Traveller)

Taman ini terletak di bukit paling tinggi di antara ketiga-tiga bukit dan menawarkan permandangan menarik di Putrajaya.

Sebuah astaka comel, dalam gaya Eropah kelihatan di sisi padang rumput yang ideal untuk pemainan bola speak, namun permainan bola tidak dibenarkan di sini.

Dengan ruang yang terbuka ini, pokok fir dan laluan berhutan jelas menampakkan atmosfera Mediterranean.

Free Malaysia Today
Laluan bukit dikelilingi rimbunan pokok pine memberi cetusan citarasa Mediterranean. (Gambar Malaysia Traveller)

Taman Oriental (Timur)

Free Malaysia Today
Astaka dengan rekabentuk Cina menawarkan ruang rehat bagi melepaskan lelah di Taman Oriental. (Gambar Malaysia Traveller)

Taman Oriental ini diberi sentuhan gaya ala Cina dan menggunakan tumbuhan tropical.

Rumah rehat di taman ini dilengkapi dengan sistem perlindungan cahaya yang unik (tiang yang tinggi) dan pelawat tidak dibenarkan berdiri di sebelah tiang ini semasa petir.

Free Malaysia Today
(Kiri): Gazebo untuk berehat ditaman ini. (Kanan): Bunga ditaman di sekitar menyerlah keserian taman. (Gambar Malaysia Traveller)

Taman Inggeris

Free Malaysia Today
Taman ini mempamerkan gazebo yang dikelilingi dengan rimbunan bunga. (Gambar Malaysia Traveller)

Gazebo di Taman Inggeris ini dikelilingi pelbagai bunga berwarna-warni. Hanya cuacanya sahaja berbeza dari England tetapi taburan bunga dan sentuhan rekaan persekitannya dibuat seakan berada di sana.

Untuk mengelakkan cuaca panas, pelawat boleh mengunjungi taman pada awal pagi atau lewat petang.

Free Malaysia Today
(Kiri): Apabila pokok-pokok meningkat besar, taman ini akan lebih redup dan sejuk. (Kanan): Pelbagai bunga yang berada di sini memberi sentuhan keindahan di taman ini.

Masuk adalah percuma. Taman ini dibuka pada siang hari sahaja.

Artikel ini pernah disiarkan di Malaysia Traveller.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.