
Pada hari ini, kita tidak perlu risau untuk mencari sebuku roti di pasaraya atau kedai serbaneka kerana terdapat pelbagai pilihan ditempatkan di rak kedai.
Namun, tahukah anda situasi itu amat berbeza sekali sebelum tahun 1990-an.
Ketika itu, hanya terdapat beberapa pengeluar roti yang menyediakan bekalan namun, sebaik tiba di rak, roti itu sudah tidak lagi segar dan berbau.
Biasanya, bekalan roti yang tidak dibeli ditinggalkan hingga ditumbuhi kulat kerana terbiar dalam tempoh lama.
Keadaan itu terus berubah apabila Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd memulakan perniagaannya 35 tahun lalu di sebuah premis sewa di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor.
Pada masa itu, kilang tersebut hanya mampu mengeluarkan 1,200 buku roti dalam tempoh sejam namun kini jenama Gardenia semakin berkembang dan menerajui pasaran dengan menghasilkan lebih dua juta buku roti setiap hari.
Apa yang membezakan Gardenia dengan pengeluar roti sebelum ini ialah bekalan dihantar ke kedai setiap hari.
Syarikat itu juga akan mengambil semula roti yang sudah tamat tempoh dan pengguna tidak perlu lagi melihat roti berkulat dijual di kedai.
Setiap buku roti dihasilkan secara konsisten dari segi bentuk, berat dan warnanya. Lebih penting lagi kualitinya begitu lembut, sesuai dengan slogannya, ‘Sungguh Enak Dimakan Begitu Saja’.
Syarikat itu juga turut membantu pengusaha kedai menyediakan rak jenama Gardenia bagi memudahkan pengguna membelinya.

Satu lagi inovatif dilakukan Gardenia ialah dengan memperkenalkan ‘kwik-lok’ yang bukan hanya berfungsi memastikan plastik dibungkus dengan kemas tetapi memaparkan tarikh luput setiap roti.
Dalam tempoh empat tahun saja, Gardenia berjaya mengubah persepsi rakyat Malaysia terhadap roti putih apabila ia menjadi peneraju pasaran dan menjadi pengeluar roti sandwich terbesar di Asia tenggara.
Jenama itu juga berjaya mencapai kadar ‘Brand Recall’ pada tahap 99 peratus dan ‘Top-of-Mind Recall’ atau jenama pertama paling diingati dengan kadar 80 peratus.
Namun, ia tidak terhenti di situ. Semakin lama Gardenia semakin mendapat tempat di hati setiap rakyat Malaysia tanpa mengenal usia dengan pelbagai pilihan produk ditawarkan mereka.
Walaupun mereka mula dikenali dengan produk roti, syarikat berkenaan turut memperkenalkan roti krim, kek, wafel dan kaya.
Gardenia sentiasa berusaha menaik taraf kelengkapan yang lebih canggih untuk meningkatkan kapasiti serta kecekapan pengeluaran.
Ia kini mempunyai tujuh kilang yang berfungsi secara automatik sepenuhnya dan sebahagiannya berupaya mengeluarkan sebanyak 10,000 buku roti setiap jam.
Manakala rekaan dan wajah bungkusannya juga sudah banyak berubah iaitu bermula daripada bungkusan memanjang hingga menegak yang boleh dilihat pada hari ini.

Selain itu, resepi yang mereka gunakan juga ditambah baik apabila Gardenia Original Classic dan Gardenia Original Classic Jumbo kini diadun dengan kebaikan Nutrinegy.
Setiap keping roti mengandungi vitamin A, E, Zat Besi dan beberapa nutrien penting untuk dinikmati semua.
Resepi baru mereka juga tidak mempunyai kolestrol sekali gus menjadikan ia sebagai pilihan terbaik dalam menyediakan snek ringan atau sarapan pagi berkhasiat.
Pastinya, semua tidak dapat melupakan kelembutan dan keenakan pada setiap keping roti.
Walaupun Gardenia semakin berkembang dalam menawarkan produk terbaik kepada pelanggan, ia akan kekal sebagai jenama yang dekat di hati setiap rakyat Malaysia.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai wajah baru Gardenia dan kebaikan Nutrinegy, klik di sini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram