Seniwati Julie Faridah meninggal dunia pada usia 77 tahun

Seniwati Julie Faridah meninggal dunia pada usia 77 tahun

Berita pemergiannya disahkan oleh anak Allahyarhamah iaitu Aziah Jasmin yang juga personaliti televisyen, Aziah Jasmin Azizul.

Allahyarhamah Julie Faridah meninggal dunia disisi ketiga-tiga anaknya.

Seniwati Toh Puan Julie Faridah atau Joria Basir meninggal dunia pada jam 1.37 pagi di Hospital Pantai Ipoh, Perak, semalam akibat jangkitan virus (bukan Covid-19).

Berita pemergiannya disahkan oleh anak Allahyarhamah iaitu Aziah Jasmin yang juga personaliti televisyen, Aziah Jasmin Azizul.

Menurut Aziah, Allahyarhamah ibunya menghembuskan nafas terakhir disisi ketiga-tiga anaknya.

“Ibu sebelum itu telah dimasukkan ke hospital selama dua minggu berikutan penyakit yang dihidapi sebelum meninggal dunia.

Sejurus disahkan meninggal dunia, jenazah dimandi dan dikafankan di rumahnya di Jalan Watson, Ipoh sebelum dibawa ke perkarangan Masjid Dato’ Panglima Kinta untuk dikebumikan bersebelahan dengan pusara suaminya sekitar jam 11 pagi semalam.

“Ibu pergi dengan tenang selepas dua minggu dimasukkan ke hospital. Jenazah ibu dikebumikan bersebelahan kubur arwah bapa. Semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah.

“Bagi pihak keluarga, saya terharu kerana arwah ibu diberikan penghormatan disemadikan di perkarangan Masjid Datuk Panglima Kinta bersama insan tercinta,” katanya.

Allahyarham yang berusia 77 tahun meninggalkan tiga orang anak iaitu seorang lelaki dan dua perempuan.

Allahyarham dilahirkan pada 25 November 1944 di Bentong, Pahang terkenal dengan watak sebagai Faridah menerusi filem Keluarga 69 arahan Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1967.

Selepas berkahwin, Allahyarham mengambil keputusan untuk tidak lagi aktif berlakon kerana mengikut arwah suaminya, Datuk Sri Azizul Hassan yang bertugas sebagai pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang turut menyandang gelaran Orang Besar Jajahan Kinta ketika itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.