HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Persatuan Skleroderma Malaysia (MSA) sasar tambah bilangan ahli

-

Presiden MSA, Dr Mohd Shahrir berharap pesakit dapat menyertai MSA yang akan membantu mereka membeli ubat-ubatan mahal selain bermatlamat meningkatkan kesedaran orang ramai.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Skleroderma menjejaskan kulit, tisu dan organ dalaman pesakit. (Gambar Wikipedia)

PETALING JAYA:
Sklerosis sistemik atau biasanya dikenali sebagai skleroderma adalah sejenis gangguan autoimun yang menjejaskan kulit, tisu dan organ dalaman tubuh seseorang.

Penyakit ini jarang didengar di Malaysia tetapi doktor di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berharap dapat meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai menerusi Persatuan Skleroderma Malaysia (MSA).

Presidennya, Dr Mohd Shahrir Mohamed Said berharap mereka yang mengalami penyakit ini akan menyertai persatuan itu di mana ia akan membantu ahlinya membeli ubat-ubatan yang mahal.

Mohd Shahrir memberitahu FMT bahawa skleroderma terjadi apabila sistem imun seseorang menyerang tisu tubuh mereka sekali gus menyebabkan pengeluaran kolagen secara berlebihan.

Antara simptom yang dialami ialah kulit menjadi tebal dan tegang serta membataskan pergerakan mereka selain mulut semakin mengecil.

Free Malaysia Today
Dr Mohd Shahrir berharap mereka yang mengalami penyakit ini akan menyertai Persatuan Skleroderma Malaysia (MSA). (Gambar MSA)

“Kulit pesakit akan menjadi tegang hingga sukar untuk menggerakkan jari dan mulut.

“Ia menjadi teruk kerana pengeluaran kolagen secara berlebihan menyebabkan tisu paru-paru menjadi tebal. Ia turut menyebabkan berlakunya fibrosis atau parut lalu menyukarkan oksigen disalurkan ke dalam darah,” katanya yang juga Pakar Perunding Kanan dan Reumatologi HUKM.

Skleroderma kurang dikenali berbanding penyakit berkaitan autoimun lain seperti Lupus dan Rheumatoid Arthritis apabila pesakit biasanya menjauhi masyarakat disebabkan keadaan fizikal mereka.

Mengesan skleroderma

Mohd Shahrir berkata, sehingga kini, tiada rawatan khusus untuk skleroderma dan untuk mengesannya juga agak sukar memandangkan bukan semua pesakit memiliki keadaan kulit muka yang tegang.

Katanya, walaupun mereka mengalaminya, ia berlaku dalam tempoh empat hingga ke lima bulan.

Free Malaysia Today
Kulit seorang pesakit skleroderma. (Gambar Wikipedia)

Simptom pertama yang akan dialami pesakit ialah pada jari tangan dan kaki ketika berada dalam keadaan sejuk.

Ia dikenali sebagai fenomena Raynaud apabila bahagian itu berasa kebas, dingin dan berasa seperti dicucuk sebelum sukar menelan makanan dan bernafas.

“Pesakit yang mengalami simptom awal ini dirujuk kepada kami bagi membolehkan rawatan dilakukan segera sebelum jantung terjejas. Jika mereka mula mengalami kesukaran bernafas, ini akan melemahkan jantung dan sukar untuk kita menangani situasi berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, sebaik pesakit skleroderma dimasukkan ke hospital, mereka biasanya sudah mengalami jangkitan paru-paru dan mempunyai kemungkinan untuk mendapat kanser terutama paru-paru.

Free Malaysia Today
Info grafik MSA menunjukkan data klinikal mengenai Skleroderma.

Mohd Shahrir menambah, dia dan beberapa doktor baru saja menubuhkan MSA tahun lalu dan sejak pandemik, mereka menekankan objektif untuk meningkatkan bilangan ahli serta kesedaran di kalangan orang ramai.

“Kita ingin membantu pesakit skleroderma dan kerajaan serta meningkatkan kesedaran bahawa penyakit ini wujud di luar sana,” katanya.

Sehingga kini terdapat tujuh doktor di HUKM yang mengetuai persatuan itu, terdiri daripada empat doktor respiratori, jantung, nefrologi serta Mohd Shahrir sendiri.

Untuk maklumat lanjut mengenai Persatuan Skleroderma Malaysia (MSA), lawati laman Facebook atau emel ke persatuansclerodermamalaysia@gmail.com.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.