
“Jika pengembara tidak dapat untuk melakukan saringan sebelum berlepas pulang, mereka perlu menjalani saringan sejurus tiba di Malaysia dan jika didapati negatif, mereka perlu menjalani kuarantin wajib maksimum 10 hari,” kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada sidang media.
Mengatakan pemendekan tempoh kuarantin selaras laporan klinikal terkini dari seluruh dunia, Ismail berkata UK, Jerman, dan Belgium memendekkan tempoh kuarantin kepada 10 hari manakala Perancis pula tujuh hari.
Beliau juga melaporkan sebanyak 86,344 individu selamat pulang ke tanah air dalam tempoh antara 24 Julai sehingga 14 Dis.
Semalam, Kementerian Kesihatan berkata pengurangan tempoh kuarantin dari 14 kepada 10 hari tidak memberikan perubahan ketara dalam risiko jangkitan Covid-19.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram