![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2020%2F12%2FUngku-Aziz.jpg&w=3840&q=75)
Laporan oleh Astro Awani menyatakan jenazah profesor ekonomi terkenal itu akan dibawa ke Masjid At-Taqwa.
Jenazahnya dijangka dikebumikan malam ini.
Ungku Aziz berkhidmat sebagai naib canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988.
Jurucakap Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) berkata, perkara itu disahkan isterinya yang juga bekas Naib Yang Dipertua ANGKASA, Rahaiah Baheran.
“Dukacita dimaklumkan, saya telah mendapat maklumat daripada isterinya iaitu bekas Naib Yang Dipertua Angkasa, Rahaiah Baheran bahawa Prof Diraja Ungku Abdul Aziz telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 petang tadi.
“Marilah kita bersama-sama membacakan surah Al-Fatihah agar rohnya dicucuri rahmat,” kata jurucakap itu.
Ungku Aziz, yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Jan 1922 adalah bapa kepada bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar.
Zeti kini pengerusi Permodalan Nasional Berhad.
Allahyarham satu-satunya tokoh akademik yang dianugerahkan gelaran “Profesor Diraja Ekonomi” (Pembangunan Luar Bandar) pada 17 Jun 1978.
Selain kepakarannya dalam bidang ekonomi, Ungku Aziz juga dikagumi kerana sumbangannya ke atas penubuhan Lembaga Tabung Haji dan ANGKASA.
Pada 21 Julai 2002 beliau dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara.
Allahyarham juga pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada 1993.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram