
Pemergian Ismail pada 12.33 tengah hari itu disahkan Pengerusi Umno Selangor Noh Omar dalam kenyataan di Facebook.
“Dukacita dimaklumkan sahabat saya dalam Perhubungan Umno Selangor Ismail Kijo Ketua Umno Ampang sudah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di Hospital Sungai Buloh.
“Sama-sama kita doakan semoga Allahyarham diletakkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh,” kata beliau.
Pengebumian Ismail akan diuruskan pihak Kementerian Kesihatan kerana beliau sebelum ini disahkan positif Covid-19, lapor Utusan Malaysia.
Ismail menjadi ADUN Lembah Jaya selama tiga penggal, sejak 1995 hingga 2008 sebelum tewas kepada calon PAS Khasim Abdul Aziz.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram