
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 67 tahun itu disyaki terlibat dalam pemberian rasuah bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM110 juta daripada sebuah kementerian pada 2012.
“Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi untuk perintah reman dan akan direman selama tiga hari,” katanya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, mengesahkan tangkapan tersebut.
“Kes ini akan disiasat bawah Seksyen 16 Akta SPRM,” kata beliau.
Beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu akan ditangkap untuk membantu siasatan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram