HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kerajaan benar rentas daerah, kata pengusaha bas ekspres Sabah

-

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat dihadiri Majlis Pengusaha Bas Ekspres Sabah (SEBOC) bersama wakil kerajaan negeri.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Kerajaan membenarkan semula aktiviti rentas daerah bagi membolehkan perkhidmatan bas ekspres beroperasi. (Gambar SEBOC)

KOTA KINABALU:
Presiden Majlis Pengusaha Bas Ekspres Sabah (SEBOC) Donald Hanapi berkata, pihaknya sudah mengadakan mesyuarat dengan kerajaan dan mereka bersetuju membenarkan aktiviti rentas daerah dalam masa terdekat ini.

Katanya, dalam mesyuarat itu, beliau mengemukakan hujah supaya rentas daerah dibenarkan dan ia dipersetujui oleh semua pegawai daerah seluruh negeri serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah.

“SEBOC bermesyuarat pagi tadi dengan Kementerian Pembangunan Infrastruktur yang mewakili kerajaan negeri.

“Pihak kami telah membentangkan yang amat munasabah mengapa kerajaan negeri perlu membenarkan semula rentas daerah untuk membolehkan perkhidmatan bas ekspres boleh beroperasi.

“Antara alasan yang diberi ialah kes semakin menurun, vaksin telah dibekalkan dan sudah banyak sektor pelancong serta perniagaan telah dibuka,” katanya dalam kenyataan.

Donald berkata, tiada lagi alasan kerajaan negeri terus menyekat aktiviti rentas daerah kerana ia sudah dipersetujui oleh semua pegawai daerah di Sabah dan juga LPKP.

“Mesyuarat hari ini juga mengambil keputusan untuk membenarkan rentas daerah dalam dua tiga hari ini mengikut SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.