Naib presidennya CC Cheah berkata, pelaburan dalam industri kitar semula mempunyai nilai komersial yang perlu diberi perhatian memandangkan ia dijangka menjana keuntungan sehingga RM 4.5 billion setahun
Permintaan terhadap bahan plastik kitar semua dijangka mencecah 4.5 billion tan menjelang 2025.
Tambah Cheah , pandemik Covid 19 turut menyumbang kepada peningkatan permintaan bahan plastik kitar semula bagi produk pengguna seperti pembungkusan makanan dan bahan elektronik.
“Sektor pengurusan sisa pepejal boleh menghasilkan wang. Terdapat banyak peluang perniagaan yang menarik minat syarikat swasa untuk membuat pelaburan,” beliau memberitahu FMT.

Cheah percaya dengan insentif yang tepat , peraturan dan rangka kerja efisien serta sokongan daripada kerajaan, sektor ini boleh berkembang menjadi industri yang bernilai antara RM15 billion ke RM20 billion.
Selain itu, industri itu berpotensi menawarkan banyak peluang pekerjaan, terutama dalam bidang kejuruteraan kimia, mekanikal dan elektrikal, serta bidang teknikal lain.
Bagi mengubah semula model pengurusan sisa pepejal sedia ada, Putrajaya disaran membuat pelaburan ke atas kemudahan pemulihan bahan (MRF) di seluruh negara.
Kemudahan itu berfungsi mengasingkan dan menyiapkan bahan sisa pepejal sebelum dikitar semula.
Pada masa ini terdapat dua kemudahan kecil MRF di Malaysia, iaitu di Temerloh, Pahang dan Sepang, Selangor.
Menurut Cheah , pembinaan kemudahan seperti ini tidak menelan belanja yang besar.
“Ia tidak mahal. Kos pembinaannya antara RM300,000 hingga RM400,000.”
Cheah juga berkata, kerajaan seharusnya menawarkan insentif kepada sektor swasta untuk menubuhkan loji yang menukar sisa buangan kepada tenaga (WTE), yang akan membakar sisa pepejal yang sukar untuk dikitar semula dan menukarnya menjadi tenaga.
Beliau berkata, terdapat tiga loji WTE sedang dibangunkan di Negeri Sembilan, Rawang dan Jeram, di Selangor.
Beliau berkata, kemudahan itu, amat diperlukan sekiranya kerajaan menyasarkan untuk mencapai kadar kitar semula dan pemulihan antara 80% hingga 90% seperti di Jepun.
Pada masa ini kadar kitar semula Malaysia adalah di tahap 31%.
“Kami percaya terdapat peluang bagi Malaysia membangunkan industri kitar semula yang moden dan canggih,” kata beliau dengan mengambil contoh usaha positif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperkenalkan taman kitar semula di Kedah dan Johor.
Sementara itu MPMA juga berkata, sekiranya sistem pengurusan sisa negara tidak ditambah baik, proses kitar semula akan kekal sebagai aktiviti bersifat sementara dan sangat sukar diurus dalam jangka panjang.
Beliau memberi amaran bahawa situasi itu akan menjadikan Malaysia salah sebuah negara yang mengekport sampah plastik ketika pusat pelupusan sampah tidak lagi dapat menampung lambakan sisa pepejal yang dihasilkan.
Ia adalah keadaan yang tidak lagi dapat dielakkan, katanya.
MPMA juga mahu kerajaan menggalakkan skim ekonomi persekitaran, iaitu satu sistem ekonomi yang bertujuan membuang sampah dan pengunaan sumber secara berterusan.
Pada March tahun lal , sebuah penerbitan perniagaan, Raconteur, melaporkan bahawa di Eropah sahaja sejumlah £1.5 trillion menyumbang kepada nilai ekonomi ketika prinsip ekonomi persekitaran ini dilaksanakan.
MPMA mencadangan SUPAYA skim ”extended producer responsibility” (EPR) diperhebatkan , iaitu dengan memperluaskan tanggungjawab pengeluar.
Ia merupakan strategi menambahkan kos persekitaran berkaitan produk sepanjang kitaran hidup produk ke dalam harga pasaran produk berkenaan.
“Ini akan menghubungkan peraturan dengan sistem ekonomi persekitaran yang dilaksanakan”, jelas MPMA.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram