
“Ya dia kini berada di negara jiran. Cuma saya nasihatkan kepada dia pulang dan pergilah ke mahkamah,” kata Hamid.
Dalam pada itu, Sajat, yang dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor sedang bersembunyi di Thailand, Harian Metro melaporkan, memetik sumbernya.
Bagaimanapun sumber itu enggan mendedahkan bagaimana dia lolos ke negara jiran itu.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sebelum ini dilaporkan berkata Sajat berkemungkinan sudah berada di luar negara.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram