HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Polis terus periksa rumah ke rumah Aidilfitri tahun ini

-

Sama seperti tahun lalu, polis juga akan memeriksa jumlah kenderaan di hadapan rumah, selain surat kebenaran rentas negeri.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Polis akan mengekalkan strategi sama seperti tahun lalu berikutan kemungkinan orang ramai cuba meloloskan diri untuk pulang beraya di kampung halaman.

PETALING JAYA:
Pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) mengejut rumah ke rumah, seperti pada Aidilfitri tahun lalu, akan diteruskan tahun ini,

Ini termasuk memeriksa kebenaran surat rentas negeri, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Abd Rahim Jaafar.

Kata beliau, polis akan mengekalkan strategi sama berikutan kemungkinan orang ramai cuba meloloskan diri untuk pulang beraya di kampung halaman.

“Polis juga sudah bersedia berhadapan dengan situasi menjelang musim perayaan nanti, termasuk meningkatkan langkah keselamatan dan rondaan demi kebaikan awam,” kata beliau pada sidang akhbar di Markas 69 Komando Pasukan Gerakan Khas, Kem Ulu Kinta di Perak.

Tambah Rahim, seperti tahun lalu, polis juga akan memeriksa jumlah kenderaan yang diletak di hadapan rumah.

“Orang ramai ini pun pandai. Ada yang bertindak, misalnya semasa cuaca buruk atau hujan lebat, ketika ada kalanya anggota tidak dapat berkawal di laluan atas faktor keselamatan atau berlindung di pondok.

“Jadi pada masa itu, mereka ambil kesempatan melepasi pos sekatan jalan raya untuk rentas negeri,” kata beliau, seperti dipetik Utusan Malaysia.

Abd Rahim berkata, pemeriksaan dilaksanakan bukan semata-mata untuk menyekat rakyat pulang ke kampung untuk beraya, sebaliknya demi memastikan penularan Covid-19 terkawal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.