HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Covid-19: Kluster pendidikan meningkat 83.3% dalam tempoh seminggu

-

Sebanyak 12 kluster pendidikan direkodkan pada minggu sebelumnya namun meningkat kepada 22 kluster pada minggu lalu.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Dr Adham Baba berkata, pelajar yang mempunyai simptom tidak perlu ke sekolah.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, kluster Covid-19 membabitkan institusi pendidikan meningkat kepada 83.3% dalam tempoh seminggu.

Menterinya Dr Adham Baba, berkata sebanyak 12 kluster pendidikan direkodkan pada minggu sebelumnya namun meningkat kepada 22 kluster minggu lalu.

Sehubungan itu, beliau menyarankan pelajar yang mempunyai gejala tidak ke perlu ke sekolah.

“Pelajar yang ada gejala diminta duduk di rumah manakala ibu bapa yang menjalani tempoh kuarantin tidak perlu menghantar anak mereka (ke sekolah),” katanya pada sidang media maya laporan mingguan berhubung Covid-19.

Sementara itu, beliau menyarankan pihak Pejabat Pendidikan Daerah menjalankan ujian saringan bersasar bagi mengekang penularan wabak berkenaan dalam kalangan institusi pendidikan.

“Kita juga akan minta Kementerian Pendidikan mengeluarkan pekeliling supaya mereka yang ada gejala untuk duduk di rumah begitu juga dengan Kementerian Sumber Manusia supaya memberi pengecualian kepada mereka yang ada gejala daripada bekerja,” katanya.

Mengenai situasi Covid-19 di Kelantan, Adham berkata pihak KKM telah menetapkan sebuah sekolah di negeri itu untuk menempatkan mereka yang positif.

Ketika membezakan minggu ke-15 (11 April-17 April) dan minggu ke-16 (18 April-24 April), Adham berkata negara merekodkan 68 kluster baharu, peningkatan kita-kira 6.3%.

Setakat ini, sebanyak 352 kluster aktif direkodkan antaranya 22 kluster membabitkan institusi pendidikan, komuniti (20 kluster), aktiviti keagamaan (tiga) dan pusat tahanan (satu).

Untuk rekod, sebanyak 8,369 kes membabitkan pelajar bawah 12 tahun pada 2020 manakala angka itu melonjak kepada 23,779 kes tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.