
Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) masih memperhalusi SOP tersebut bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan SOP sambutan Aidilfitri.
“Saya akan cuba umumkan SOP sambutan Aidilfitri dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata, pihaknya belum membuat sebarang pengumuman mengenai SOP Aidilfitri membabitkan solat Aidilfitri, kunjung-mengunjung, takbir dan menziarah tanah perkuburan.
Mengulas sama ada kerajaan akan mengembalikan dasar kerja dari rumah apabila sekolah ditutup selama dua minggu selepas Aidilfitri, Ismail berkata, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan membincangkan hal itu dengan pihak berkepentingan di sektor swasta supaya ibu bapa dapat memantau anak mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).