HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

KL benarkan bazar Ramadan, Aidilfitri ketika PKP

-

Bazar Ramadan dibuka sehingga 8 malam dan bazar raya sehingga 10 malam setiap hari.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Bazar Ramadan dibenarkan beroperasi dari 3 petang hingga 8 malam setiap hari, sehingga raya bermula.

PETALING JAYA:
Bazar Ramadan dan Aidilfitridi di Kuala Lumpur dibenarkan terus beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP), kata Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa.

Beliau dalam sidang media hari ini mengumumkan peniaga bazar Ramadan dibenarkan beroperasi dari 3 petang hingga 8 malam setiap hari, sehingga raya bermula.

Waktu operasi bazar Aidilfitri pula dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan hanya ada beberapa hari lagi sebelum Ramadan berakhir.

Ia juga menyusul peniaga bazar yang mengemukakan permintaan untuk meneruskan perniagaan mereka, asalkan tiada kes positif di kawasan itu dan semua orang mematuhi SOP.

Tetapi, Annuar berkata, jika data daripada sistem amaran awal, iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) menunjukkan terlalu banyak kes positif atau kontak rapat di kawasan itu, pihak berkuasa akan mengarahkan penutupan bazar.

Beliau menggesa pengendali bazar lebih berjaga-jaga ketika memantau pematuhan SOP di kalangan pengunjung.

Gerai disyorkan tidak mempunyai lebih tiga pelanggan pada masa sama, manakala pengunjung hanya patut menghabiskan 45 minit di bazar.

“Saya juga menggesa orang ramai tidak membawa anak kecil dan bayi ke bazar kerana kita tidak mahu kumpulan rentan ini dijangkiti.”

Annuar berkata, Kementerian Kesihatan sudah menyerahkan senarai pasar raya dan pusat beli-belah yang berpotensi menjadi titik panas Covid-19, memandangkan tempat seperti itu dikunjungi kira-kira 700 kontak rapat.

Beliau bercadang membincangkan perkara itu dalam pertemuan dengan pusat pengurusan krisis Wilayah Persekutuan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok, dengan tindakan lanjut mungkin diambil terhadap premis terjejas.

Di Johor, bazar Ramadan dan Aidilfitri di tiga daerah yang dikenakan PKP turut dibenarkan beroperasi dengan pematuhan SOP ketat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil dalam kenyataan berkata, bazar Ramadan di Johor Bahru, Kota Tinggi dan Kulai dibenarkan berniaga mulai 3 petang hingga 8 malam dan bazar Aidilfitri bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Katanya, waktu operasi bazar Ramadan di daerah dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) pula bermula 3 petang hingga 8 malam dan bazar Aidilfitri mulai 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.