
Menurut jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), penutupan akan bermula dari Ahad ini hingga 16 Mei.
Jurucakap itu memberitahu FMT kenyataan penuh akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Ia adalah penutupan terbaharu membabitkan pasar awam itu selepas beberapa kali ditutup sebelum ini akibat Covid-19.
Pada bulan Januari, bahagian ikan, buah dan sayur ditutup selepas 118 kes dikesan dalam kalangan pekerja.
Pasar itu juga terpaksa menghentikan operasi pada April lalu bagi membolehkan proses saringan besar-besaran dijalankan, selepas kawasan sekitarnya berada di bawah perintah kawalan pergerakan dipertingkatkan (PKPD).
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram