Limpahan cahaya empat warna iaitu merah, putih, hijau dan hitam yang melambangkan bendera Palestin dipasang di Bangunan Wisma MBSA, Seksyen 14, dari 8 malam hingga 12 tengah malam sejak Isnin.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata, pihaknya berharap langkah ini dapat meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia, khususnya warga Shah Alam, tentang kemusnahan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap penduduk Palestin.
“Kita doakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin serta berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera,” kata beliau ketika dihubungi.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram